Hellboy
2019, merupakan filem tentang 'Budak Neraka' seperti apa yang
ternyata ditajuknya. Filem ini merupakan sebuah filem 'Reboot' atau
pengambaran semula, dengan kata lain filem ini tidak bersangkut paut
dengan dua filem Hellboy yang lepas.
Latar
masa filem ini bermula beberapa tahun lama selepas kejadian pertemuan
Hellboy (David Harbour) pada zaman 'Naziz', keberadaan Hellboy juga
boleh dikatakan matang, lebih lama pengalamannya dalam bidang
penghampusan jembalang berbanding filem Hellboy pertama. Di dalam
filem ini Hellboy mempelajari tentang kisah silamnya yang ternyata
telah dirahsiakan oleh bapa angkatnya, Professor Broom (Ian McShane).
Namun melalui penceritaan ini dia mula menyedari tentang sifat
sebenar dirinya, sekaligus perlu menghentikan ancaman utama manusia,
Nimue (Milla Jovovich).
Pertama
sekali perlu disentuh selaku filem buatan semula ini, ialah kebaikan
pertukaran pelakon yang memegang peranan Hellboy. Semestinya ramai
yang mengetahui fakta bahawa Ron Perlman pemegang wakta Hellboy
terdahulu yang disanjungi ramai, adakah David Harbour dapat mencapai
citarasa peminat? Sebagai seorang penonton, perlu dinyatakan disini
permainan watak yang diberi David Harbour tidak memberi perbezaan
yang drastik dengan Ron Perlman, akan tetapi secara emosi dari segi
sama ada penonton dapat merasai apa yang dirasai Hellboy, David
Harbour gagal memberi pencapaian yang terbaik. Boleh jadi perkara ini
bersangkut paut dengan gaya pengarahan pengarah iaitu Neil Marshall.
Akan
tetapi filem ini berjaya memberi sesuatu yang belum di dedahkan di
dalam filem terdahulunya, banyak pendedahan dilakukan, termasuklah
maklumat komik yang belum pernah di sentuh filem terdahulu.
Walau
bagaimanapun Hellboy kali ini memberi lebih penekanan pada adengan
aksi, dan sejujurnya adengan aksi yang di dalam klasifikasi 18 ke
atas ini membuahkan sesuatu yang baru dan segar. Hellboy kali ini
tidak dihadang batasnya dalam memberi adengan aksi ganas dan bergaya,
filem ini berjaya dalam membuatkan penonton berasa kagum.
Selain
itu, turut di titik beratkan bahawa filem ini telah di iklankan
sebagai filem berunsur komedi, dengan baiknya perlu dinyatakan bahawa
filem ini mempunyai unsur komedi yang mampu membuatkan ramai penonton
tergelak. Namun disebalik kebaikan ini, filem ini tercela dibahagian
penceritaannya yang tersendiri, ini boleh dilihat melalui gaya
penceritaan yang terlalu berat sehingga tidak ada adengan 'cooldown'
atau ketenangan sementara buat penonton. Perkara ini membuatkan
penonton hilang fokus terhadap objektif sebenar penceritaan. Susunan
plot juga kelihatan bersepah.
Terdapat
satu adengan dimana muzik dan adengan tidak berpaut dengan baik,
muzik yang dimainkan muzik ala 'rock', mengambarkan Hellboy dengan
hebat melawan musuhnya, namun hakikatnya adengan ini menunjukkan
Hellboy ditikam belakang, dan adengan seperti ini sesungguhnya lebih
baik disampaikan dengan mood nada yang lebih muram.
Dukacitanya
sebagai peminat, mengharapkan lebih dari sekadar aksi yang bagus,
namun inilah produk akhir yang diberikan. Filem Hellboy 2019 banyak
kekurangan yang boleh ditapis, namun gagal diperlakukan begitu atas
sebab memberi lebih perhatian terhadap aksi. Kesimpulannya filem ini
berjaya memberi adengan aksi yang baik, namun penceritaannya bersepah
dan tidak mampu menarik minat penonton.
Rating
Hellboy 2019
5/10!
*****/*****
No comments:
Post a Comment