Ulasan Filem
X-men Dark Phoenix merupakan filem X-men yang terakhir di bawah naunggan 20th Century Fox, ini kerana Disney telah berjaya membeli royalti X-men dari syarikat tersebut. Sebelum anda terus membaca, saya cuma ingin bermukadimah sedikit, sekian lama saya tidak menulis sebarang ulasan filem kerana permasalahan susunan masa saya, kini saya muncul kembali untuk menulis tentang X-men Dark Phoenix. Dengan ini saya ingin memohon maaf atas perlaksanaan yang kurang memuaskan terhadap blog ini! terima kasih kerana masih mengikuti dan bagi yang baru dengan kaedah ulasan saya terhadap filem-filem tepatan mahupun luar negara, selamat MEMBACA!
Sinopsis.
X-men Dark Phoenix merupakan sebuah filem, sekual kepada filem X-men: Apocalypse. Di dalam filem ini, Jane Grey (Sophie Turner) telah terdedah dengan tenaga kosmik dari angkasa, ini telah memberi kesan terhadap keadaan mental, serta personaliti beliau untuk menjadi agresif. Menerusi filem ini, Professor Charles Xavier (James McAvoy) harus mencari jalan untuk menolong Jean Grey dalam mengawal dirinya semula.
Perwatakan/Lakonan.
Kalau ikutkan perwatakan yang telah di mainkan oleh setiap pelakon, watak mereka sungguh memuaskan, lagi-lagi dengan gaya lakonan James McAvoy sebagai Professor X. Cuma terdapat satu permasalah apabila lakonan Sophie Turner tidak cukup memuaskan sebagai Jean Grey. Perkara ini adalah kerana lakonan Sophie Turner yang kerap di minta untuk berasa sedih, ala-ala tertekan, dan apabila tiba perwatakkannya untuk menyerlah, lakonannya gagal membuatkan penonton terasa beroma (Goosebump).
Manakala Jeniffer Lawrence sebagai Mystique berjaya membawa personaliti yang berbeza di dalam diri wataknya. Mystique mempunyai banyak potensi untuk menjadi antara watak utama, namun pemilihan plot telah menyebabkan perwatakkan Mystique muncul hanya dalam beberapa adengan, pemilihan ini sungguh mengecewakan.
Plot.
Antara kelemahan filem ini terletak di dalam pemilihan plot yang telah dipilih oleh produksi. Sayang sekali 'Dark Phoenix' merupakan kumpulan cerita yang digemari ramai namun perlaksanaanya di dalam filem sungguh mengecewakan.
Ini boleh dilihat dari setiap adengan yang telah ditonjolkan terasa biasa dan memuaskan. Adengan Magneto yang di mainkan oleh Michael Fassbender telah kurang di eksplotasi, begitu juga di dalam perwatakan Jean Grey.
Penambahan watak seperti 'Makhluk Kosmik' sungguh memberi impak terkuat di dalam plot. Penambahan watak ini telah mengakibatkan 'Dark Phoenix' yang seharusnya mejadi ancaman utama terasa lemah di dalam keseluruhan cerita, Pemilihan perwatakan kosmik ini juga penuh dengan aura bosan.
Kesimpulan.
Akhir kata, filem X-men Dark Phoenix terasa seperti filem ala - kadar. Semua yang ditonjolkan terasa cepat dan tidak cermat. X-men Dark Phoenix tidak layak mendapat pemarkahan yang baik. Dengan ini, saya jamin kepada anda semua, anda terselamat dari filem bersifat teruk ini!
X-Men: Dark Phoenix
3/10
***/*******
No comments:
Post a Comment