Ulasan
Filem
Godzilla:
King of Monsters
SINOPSIS
Godzilla:
King of Monsters merupakan kesinambungan dari filem Godzilla 2014
yang lalu. Filem ini mengisahkan tentang raksasa kuno yang dikejutkan
oleh kumpulan 'Mornach' atas tujuan menjalinkan perhubungan simbiotik
(Memahami satu sama lain). Kegilaan mula terjadi apabila Ghidorah,
raksasa pesaing bagi Godzilla bangkit untuk menjadi raja bagi raksasa
lain. Maka manusia perlu mencari jalan untuk menghentikan Ghidorah
dengan memihak kepada Godzilla.
RAKSASA
MENYERANG!
Michael
Dougherty merupakan pengarah filem Godzilla: King of Monsters, beliau
telah berjaya membawa sebuah filem Godzilla yang berkesan dengan baik
bagi para penonton. Pelbagai jenis ketakjuban yang boleh disaksikan
melalui filem ini, ini termasuklah dari segi rekaan raksasa, gambaran
besarnya raksasa tersebut, dan kecantikan pemandangan 'wide shot'
raksasa yang ditonjolkan.
Selain
itu, ketakjuban yang dapat dirasai penonton juga adalah melalui
adengan aksi raksasa bersama raksasa. Filem ini kerap kali
menonjolkan Godzilla, maka memang kena dengan tajuk filem tersebut.
Adegan Godzilla berlawan dengan Ghidora merupakan antara adegan yang
terbaik di dalam filem ini!
WATAK
Vera
Farmiga yang memainkan watak Dr. Emma, ibu kepada Madison telah
membawa gaya lakonan yang baik, namun sungguh mengecewakan kerana
skrip yang dibawanya tidak mempunyai kekuatan yang tertentu untuk
membuatkan wataknya lebih memberansangkan. Objektif perwatakannya
tidak cukup kukuh untuk membuatkan penonton memahami motif
perwatakannya.
Selain
itu, Kyle Chandler yang memegang watak Mark Russell, merupakan
seorang bapa kepada Madison, seharusnya membawa perwatakan yang lebih
diminati, namun, kekurangan pada perwatakan ini terletak pada skrip.
Sekali lagi skrip yang tidak mengukuhkan mampu membinasakan ciptaan
watak yang baik. Perwatakannya juga kurang memuaskan, kerana agenda
wataknya sering berpaut pada kenyataan rasa bencinya terhadap
Godzilla, dan keinginannya untuk menyelamatkan anaknya Madison,
justeru perwatakannya tidak pergi lebih dari itu, ini membuatkan
penonton tidak tertarik pada wataknya.
Millie
Bobby Brown memegang watak Madison. Pada awalnya perwatakan Madison
tidak memberansangkan hati, hanya sekadar watak yang hadir di dalam
filem ini untuk mengikut telunjuk Dr. Emma. Namun di penghujung filem
ini, watak Madison mula menyerlah. Lakonan yang dibawa juga penuh
dengan emosi.
HEBAT
PADA AKSI, KURANG PADA CERITA
Malang
sekali Godzilla: King of Monsters tidak memberikan skrip yang
terbaik. Motif utama antagonis filem ini gagal menyampaikan idea
keseluruhan perancangan yang baik. Keseluruhan filem ini disajikan
dengan gaya penceritaan yang gagal memberi impak pada penonton. Apa
yang filem ini mampu lakukan ialah membuatkan penonton ternanti-nanti
untuk adegan raksasa yang seterusnya, lansung tidak mengendahkan
ceritanya.
Walau
bagaimanapun filem ini berjaya menyampaikan kepuasan yang baik dari
segi aksi dan visualnya. Godzilla: King of Monsters perlu ditonton
oleh pengemar filem raksasa kerana ia mampu menyampaikan suatu
perasaan yang unik kepada penonton!
MARKAH
Gozilla:
King of Monsters layak mendapat 7 bintang!
*******/***