Brightburn
Ulasan
Filem
Maklumat Ringkas
Produksi - Screen Germs / Stage 6
Dirtektor - David Yarovesky
Sinopsis
Brightburn
merupakan sebuah kisah keluarga Breyer yang telah menemui seorang
bayi daripada kapal angkasa yang telah terhempas di halaman rumah
mereka. Bertahun berlalu, bayi ini telah dibesarkan oleh mereka,
namun perkara tak diduga berlaku kerana Brandon Breyer (Jackson A.
Dunn) iaitu bayi yang dibesarkan itu mula menyedari tentang kuasa
yang dimilikinya. Brandon mula menggunakan kuasanya untuk membuat
perkara jahat. Hanya Tori Breyer (Elezibeth Bank) ibu kepada Brandon
yang berkemungkinan mampu mengubah hati Brandon.
Sinematografi
Filem
Brightburn mempunyai banyak elemen menarik ini termasuklah cgi yang
digunakan. Penggunaan kameranya hanya menggunakan teknik biasa yang
sering dilihat ramai. Namun apa yang menjadi kelebihan filem ini
ialah gaya produksi menyampaikan rasa debaran yang berlaku. Antara
adengan yang mempunyai rasa deparan yang menarik ialah ketika Brandon
cuba membunuh mangsanya. Walau bagaimanapun, ada diantara kegunaan
cgi yang agak memberi kesan tidak menyenangkan di pandangan mata
penonton, antaranya terdapat dari salah satu adengan Brandon terbang.
Gaya pembunuhan yang dilakukan watak antoganis ini juga
memberansangkan dan kreatif, sekaligus dicatat sebagai antara elemen
gah filem ini.
Lakonan
Lakonan
yang dimainkan para pelakon memberi kesan yang baik. Jackson A. Dunn
yang memainkan watak Brandon Breyer telah memberikan permainan watak
yang baik sebagai seorang budak lelaki yang perwatakannya diam, dan
sentiasa berasa tidak selesa pada keadaan sekelilingnya. Menerusi
filem ini, perwatakannya berubah daripada budak lelaki yang pendiam
kepada budak lelaki yang mula berani melakukan perkara jahat. Akan
tetapi perwatakan Brandon tidak mempunyai banyak dialog, dialog yang
dituturkan hanya lebih kepada mengugut, selebihnya Jackson A. Dunn
menggunakan bahasa tubuh untuk menunjukkan perasaan serta niat
tersirat. Perkara ini juga boleh mengurangkan rasa senang para
penonton pada perwatakan Brandon Breyer.
Tori
Breyer, ibu kepada Brandon telah dimainkan oleh Elezibeth Bank.
Lakonan yang baik telah ditunjukkan oleh Elezibeth Bank sebagai ibu
kepada anak yang telah dijaganya selama 12 tahun. Perasaan takut yang
ditonjolkan serta perasaan sayang yang ditonjolkan menimbulkan rasa
realistik yang pasti mana-mana ibu boleh rasa sekiranya mereka
mempunyai anak seperti Brandon. Selaku seorang ibu, watak ini harus
berdepan dengan rasa kasih sayangnya sendiri untuk menyelamatkan
keadaan.
Secara
keseluruhan Brightburn mempunyai barisan pelakon yang menarik, akan
tetapi hanya dua watak ini yang telah memainkan peranan penting di
dalam filem ini.
Penceritaan
Secara
keseluruhan penceritaan Brightburn penuh dengan keasyikkannya yang
tersendiri. 'What if' senario yang dipertontonkan di dalam filem ini
merupakan elemen terbesar pihak produksi. 'Superman menjadi jahat',
merupakan antara perkara yang digemari ramai untuk tonton.
Gaya
penceritaannya bermula dari awal keluarga Breyer menemui Brandon,
diteruskan dengan mereka membesarkan Brandon sehinggalah dia menjadi
jahat. Dengan menggunakan kuasanya di telah banyak menghukum
mangsanya dengan gaya pembunuhan yang kejam.
Penamat
buat cerita ini merupakan antara penamat yang agak memberi kesal
kepada penonton, walau bagaimanapun, penamatnya merupakan gambaran
tentang kenyataan yang boleh jadi sekiranya 'superman menjadi jahat'.
Walau berkemungkinan besar tidak digemari ramai, namun Brightburn
telah mampu melakarkan sebuah 'what if' senario yang menarik buat
penonton.
Kekurangan
Antara
kekurangan yang boleh didapati di dalam filem ini ialah perhubungan
di antara Tori Breyer, Mr. Breyer bersama Brandon Breyer. Filem ini
lebih memberi fokus dalam cara Brandon menjadi jahat dari memberi
fokus pada hubungan Brandon dan keluarganya. Tambahan pula Brandon
merupakan watak yang pendiam, tidak banyak memberi luahan hati dalam
adengan tertentu. Perkara ini boleh memberi kesan pada penamat
cerita, penonton gagal untuk merasai perasaan tertentu seperti sedih,
kerana filem gagal menunjukkan perasaan sebenar Brandon Breyer.
Keseluruhannya,
Brightburn lebih berunsurkan 'seram', perasaan tertentu seperti sedih
bukanlah titik utama Brightburn. Filem ini penuh dengan elemen
menarik yang terdapat dari segi pembunuhan yang dilakukan Brandon.
Selebihnya, filem ini bukanlah sebuah karya yang mampu menumpaskan
karya agung seperti The Conjuring mahupun filem seram yang
seumpamanya, namun filem ini mempunyai elemen menarik yang
tersendiri.
Permarkahan
Filem
Brightburn layak merangkumi 6 bintang.
******/****
No comments:
Post a Comment