Ulasan Filem
Pokemon:
Detective Pikachu
Pokemon:
Detective Pickachu merupakan kisah seorang lelaki Tim (Justice Smith)
yang telah menerima khabar bahawa bapanya telah mati akibat
kemalangan kenderaan. Kerana ini dia telah melawat apartment milik
bapanya, di sini dia bertemu Pikachu yang ternyata mampu bercakap
dalam bahasa yang difahaminya. Mereka kemudian bersama-sama cuba
menyiasat perkara sebenar yang menimpa bapa Tim.
Pokemon
merupakan sebuah 'franchise' yang besar, mempengaruhi dunia dari segi
permainan video, anime dan permainan kad. Apabila di adaptasikan ke
sebuah filem hollywood, ramai yang gemar untuk menonton filem yang
memberi aura kecomelan Pikachu ini. Akan tetapi, filem ini bukanlah
seperti apa yang ditonjolkan di dalam anime, malah filem ini telah
memperkenalkan dunia di mana perlawanan pokemon telah diharamkan.
Buat penonton yang mengharapkan adengan lawan di antara pokemon
sambil di arahkan 'trainer' mereka, jangan berharap lebih.
Ryan
Renolds memainkan peranan paling penting dalam filem ini, beliau
telah melakonkan suara Pikachu. Salah satu perkara yang sungguh
menimbulkan rasa risau ialah gaya perwatakkan yang diberi kepada
Pikachu. Ternyata Pikachu di dalam filem ini boleh di katakan 'comel'
dan kelakar. Hasil kelakar itu datang daripada Ryan Renolds sendiri
dalam membawa jenis perwatakkan baru bagi Pikachu.
Justice
Smith yang memegang watak Tim telah memberi lakonan yang baik.
Perwatakkannya merupakan pengerak emosi sedih di dalam filem ini.
Lakonannya manakala hanya mampu membuatkan penonton memahami perasaan
seorang anak kehilangan bapa, namun tidak cukup untuk penonton
benar-benar berasa sedih dengan gaya lakonannya. Ini terbukti dari
permulaan filem, penceritaannya mula dengan perlahan, antara adengan
paling awal yang ditonjolkan ialah Tim sedang bersedih menerima
pemergian bapanya. Lakonannya ketika ini hanya membebankan cerita
dengan adengan sedih yang tidak berhasil.
Kathryn
Newton, memainkan watak Lucy. Seorang wartawan yang menyiasat tentang
hal misteri yang berlaku pada bapa Tim. Keberadaan Lucy hanya untuk
memberi cara kepada
Tim
untuk menyiasat lebih tetang ayahnya. Lakonan yang diberikan malang
sekali tidak membuahkan hasil yang baik. Jenis perwatakkan juga lebih
bergaya kartun daripada realistik, ini menganggu kerana watak lain
memainkan perwatakkan realistik. Seperti contoh antara adengan yang
merupai gaya kartun yang dimaksudkan; ketika Lucy bertemu dengan Tim
di sebuah bar, Lucy lagak ala-ala seorang wanita misteri yang
seharusnya tidak bertegur dengan Tim, hanya memberi maklumat dan
berbicara secara rahsia. Gaya yang dipertontonkan melebihi tahap
natural, lansung memberi perasaan tidak senang dihati penonton.
Selain
daripada itu, plot penceritaan juga bukanlah sesuatu yang terbaik.
Penceritaan daripada filem ini banyak memberi fokus pada penyiasatan
Tim dan Pikachu tentang kes ayahnya. Melalui penceritaan ini banyak
adengan lucu yang diberikan oleh Ryan Renolds dan Justice Smith yang
dipertontonkan dengan baik. Manakala terasa panjang dan lama pada
adengan tertentu apabila filem ini terus menerus memberi sesuatu yang
tidak digemari penonton seperti adengan sedih yang tidak menjadi
serta adengan pendedahan yang tidak menarik perhatian penonton. Lawan
antara pokemon juga tidak banyak diberikan oleh filem ini. Namun
apabila adengan lawan antara pokemon tiba, ia merupakan adengan yang
terbaik di dalam filem ini.
Secara
keseluruhan, filem ini penuh dengan kecelaan, ini terdiri daripada
penceritaan yang tidak mengemarkan, dan lakonan yang membosankan.
Namun kecelaan ini mampu ditapis dengan lakonan suara yang diberikan
Ryan Renolds, serta rekaan grafik pokemon yang boleh diterima ramai
termasuklah Pikachu. Adengan lawannya juga boleh mengubat sedikit
dari kekurangan filem ini.
Permarkahan
yang mampu disanjung Pokemon: Detective Pikachu ialah 5 bintang.
No comments:
Post a Comment